PROGRAM BUBUR LAMBUK

Program Bubur Lambuk Masjid Sabak Uni menjadi tradisi masyarakat setempat yang menjadi kemestian setiap bulan Ramadhan. Tahun ini, AJK Masjid mengambil ketetapan program ini dilaksanakan sebanyak 3 kali (AHAD) dan sebanyak 3 periuk besar disediakan untuk diagih-agihkan kepada penduduk setempat sebelum waktu berbuka. Kawasan kampung yang terlibat ialah Kg.Parit Londang, Kg.Parit Bingan Laut, Kg.Parit Nipah Laut, Jalan Kluang, Kg.Parit Haji Ali Laut, Kg.Parit Sikun, Taman Kelisa Jaya dan Taman Manis 2. Program ini dilaksanakan secara bergotong-royong bermula jam 8.00 pagi (memasak) hingga jam 4.00 petang (agihan bubur lambuk). Pihak AJK Masjid juga ingin mengambil kesempatan di sini ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada para penderma yang telah bermurah hati menyumbang dalam bentuk kewangan dan barangan serta tenaga yang dicurahkan. Semoga ALLAH jua yang dapat membalasnya.