PROJEK PEMASANGAN KARPET BARU SEMPENA MENYAMBUT BULAN RAMADHAN 1435H

Pemasangan karpet baru akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat. Sebarang kesulitan pihak AJK Masjid Sabak Uni mohon maaf. 

Advertisements

KUBAH MASJID … diselenggara

Ekoran kebocoran bumbung kubah yang semakin parah, satu keputusan mesyuarat khas menetapkan lantai kubah ditukar kepada lantai konkrit. Alhamdulillah semuanya dalam keadaan baik selepas proses penyelenggaraan dilakukan. Terima kasih kepada Pengerusi Biro Pembangunan, En.Mohd.Jahid bin Ghazali dan semua Ajk yang terlibat dalam proses kerja tersebut.

CUCI KARPET MASJID

Kerja mencuci karpet diswastakan kepada syarikat dari Kluang. Kerja2 mencucikarpet dan vacuum bermula jam 9.30 malam hingga selesai (15 Julai 2011). Kerja ini telah dilakukan oleh 4 orang pekerja dan diawasi oleh En.Maslan dan En.Sahrul (AJK Masjid) dengan dipantau oleh SU dan PENGERUSI Masjid.

PROJEK PEMBESARAN MASJID SABAK UNI

Pengurus Projek
Jawatankuasa Pembesaran Masjid Sabak Uni
KM 24, Jalan Kluang
86400 Parit Raja, Batu Pahat
JOHOR DARUL TAKZIM
Web : https://masjidsabakuni.wordpress.com
Email address : rakanmasjid2011@yahoo.com

Masjid merupakan satu institusi utama agama Islam yang selain daripada merupakan sebagai tempat beribadat secara berjemaah penduduk setempat, ianya juga mempunyai pelbagai fungsi lain yang boleh melahir sebuah masyarakat yang berjiwa murni dan berakhlak mulia. Sabak Uni kedudukannya amat strategik kerana berada di laluan ke Batu Pahat dan Kluang. Jumlah penduduk yang sentiasa meningkat menyebabkan pertambahan jemaah yang tidak dapat ditampung oleh masjid ini. Oleh itu PROJEK PEMBESARAN MASJID mesti dilaksanakan bagi memberi keselesaan kepada semua jemaah terutama pada hari Jumaat.