PROGRAM TADARUS AL-QURAN

Program ini dilaksanakan sepanjang malam bulan Ramadhan selepas solat sunat tarawih. Dibahagikan kepada 3 kumpulan dan dianggotai oleh 5 orang pembaca tetap setiap kumpulan dan ditambah oleh ahli yang lain sebagai penyemak bacaan.

KUMPULAN 1 : JUZUK 1 – 10  : EN.ISMAIL B SALLEH (KETUA)

1. TUAN HAJI KHAMIN BIN KAMAL

2. TUAN HAJI BUNARI BIN SEMIN

3. TUAN HAJI SAIFUL FAZAD BIN AHMAD

4. EN. SAHRUL ALAM BIN SAIDUN

5. EN. ZIZAN BIN MU’MIN

 

KUMPULAN 2 : JUZUK 11 – 20  : EN.MOHD.JAHID BIN GHAZALI (KETUA)

1. TUAN HAJI MOS BIN IBRAHIM

2. EN. SAMSUDIN BIN SIRAN

3. EN. SAIMAN BIN MUSIN

4. TUAN HAJI MISNU BIN ISMAIL

5. EN. MOHD.RADZUAN BIN ESA

 

KUMPULAN 3 : JUZUK 21 – 30  : EN.SHAMSUDIN BIN SAHRIL (KETUA)

1. TUAN HAJI AHMAD BIN MADI

2. TUAN HAJI MASTOR BIN HAJI JABAR

3. TUAN HAJI MANAF BIN HAJI ABDULLAH

4. TUAN HAJI KASAN BIN HAMAL

5. TUAN HAJI JASWADI BIN HAJI BAKRI

 

Penyelaras program tadarus 1432h diselaras dan dikelola oleh Tuan Haji Amin bin Mesran, Imam 1 Masjid Sabak Uni.

PROGRAM BUBUR LAMBUK

Program Bubur Lambuk Masjid Sabak Uni menjadi tradisi masyarakat setempat yang menjadi kemestian setiap bulan Ramadhan. Tahun ini, AJK Masjid mengambil ketetapan program ini dilaksanakan sebanyak 3 kali (AHAD) dan sebanyak 3 periuk besar disediakan untuk diagih-agihkan kepada penduduk setempat sebelum waktu berbuka. Kawasan kampung yang terlibat ialah Kg.Parit Londang, Kg.Parit Bingan Laut, Kg.Parit Nipah Laut, Jalan Kluang, Kg.Parit Haji Ali Laut, Kg.Parit Sikun, Taman Kelisa Jaya dan Taman Manis 2. Program ini dilaksanakan secara bergotong-royong bermula jam 8.00 pagi (memasak) hingga jam 4.00 petang (agihan bubur lambuk). Pihak AJK Masjid juga ingin mengambil kesempatan di sini ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada para penderma yang telah bermurah hati menyumbang dalam bentuk kewangan dan barangan serta tenaga yang dicurahkan. Semoga ALLAH jua yang dapat membalasnya.

MALAM NISFU SYAABAN … di Masjid Sabak Uni

MALAM NISFU SYAABAN…300 PINTU RAHMAT TERBUKA.. Dari Abu Hurairah r.a : Nabi saw bersabda.. : “Telah datang kepadaku Jibrail pada malam nisfu Syaaban dan dia berkata : “Ya Muhammad, pada malam ini pintu-pintu langit dan pintu-pintulah rahmat dibuka. Maka berdirilah dan kerjakan solat lalu angkatlah kedua tanganmu ke langit”. Kata saya : Hai Jibrail, apakah erti malam ini?” Dia menjawab : “Pada malam ini telah dibuka 300 pintu rahmat, maka Allah swt mengampuni orang-orang yang tidak mensyerikatkan Allah dengan sesuatupun, kecuali para ahli sihir, dukun, orang yang suka bermusuhan, peminum khamar, orang yang berbuat zina, pemakan riba, orang yang derhaka kepada kedua orang tua, orang yang suka mengadu domba dan orang yang memutuskan tali persaudaraan, maka sesungguhnya mereka itu tidak akan diampuni sehingga mereka bertaubat dan tidak mengulangi.”