MAULIDUR RASUL 1432 H

Nabi Muhammad SAW Sebagai Lampu Yang Menerangi

Siraj Munir ialah lampu yang menerangi. Nabi diumpamakan seperti lampu kerana ia menjadi sumber dan punca objek lain juga bercahaya dan menjadi terang. Nabi menjadi penyuluh kehidupan manusia, mengeluarkan mereka daripada kegelapan jahiliah kepada cahaya Islam. Menerangi kehidupan manusia dengan sistem dari langit yang menyelamatkan mereka dunia dan akhirat.

Ibnu Abu Hatim dan Tabrani melaporkan daripada Ibn Abbas, katanya, “Ketika turun ayat itu, nabi memanggil Ali dan Muaz. Katanya, ‘Pergilah kamu berdua, sampaikan khabar gembira dengan cara yang mudah difahami. Katakan kepada mereka agar tidak berpaling daripada Islam. Sesungguhnya, turun ayat ini kepadaku, “Wahai nabi, Allah mengutusmu sebagai saksi kepada umatmu, dan pembawa berita gembira kepada orang yang beriman iaitu syurga serta pemberi amaran kepada orang yang ingkar iaitu neraka dan juga sebagai penyeru umat manusia seluruhnya kepada agama Allah dengan petunjuk yang diberi-Nya dan diturunkan al-Quran sebagai lampu yang meneranginya.”

Dipetik daripada buku Ku Damba Cintamu Ya Rasulullah oleh Nik Muhammad Nasri Nik Malik

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s