IMARAHKAN MASJID

Tn.Hj.Ashari Sikor (baris kedua,  kedua dari kiri) dan En.Ismail Hj.Salleh (baris kedua, pertama dari kiri) bersama barisan AJK Masjid Sabak Uni sesi 2011-2013 selepas majlis pelantikan mereka, baru-baru ini.


MASJID adalah antara tempat yang paling suci bagi umat Islam. Ia juga lambang kemajuan dan perpaduan umat Islam tanpa mengira kedudukan, warna kulit mahu pun keturunan.

Justeru, adalah penting bagi Ahli Jawatankuasa (AJK) masjid yang dilantik menjalankan tanggungjawab dengan sebaiknya. Ia supaya masjid-masjid di negara ini ditadbir dan diimarahkan sebaik mungkin.

Demikian antara saranan Penggerak Masjid DUN Semarang Tn.Hj.Masrom bin Kasiran kepada AJK Masjid Sabak Uni, Parit Raja sesi 2011-2013, baru-baru ini.

Masjid itu yang terletak di Km. 24, Jalan Kluang, Batu Pahat merupakan calon masjid cemerlang pada tahun 2011 ini.

Menurut beliau, AJK yang baru dilantik perlu berada selangkah ke hadapan untuk menyediakan keperluan hidup beragama kepada masyarakat serta mengatasi kekangan dalam menonjolkan keindahan hidup berlandaskan syariat Islam.

Beliau berharap AJK masjid mampu berusaha gigih mengangkat martabat Islam dengan membawa golongan muda mengimarahkan masjid.

“Seterusnya membangunkan jiwa besar yang mendaulatkan syariat-Nya dalam semua aspek bagi mewarnai negara makmur serta mendapat keampunan Allah SWT,” kata beliau.

 

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s